Posts

Showing posts from September, 2010

sepetang di air papan..

Image
Nak di jadikan cerita mase hari raye hari tu kan aku gan family gi la umah sedare,yang bestnye umah sedare aku ni kat air papan.. hehehe best tempatnye tepi laut kan mcm2 aktiviti leh buat kalau tepi laut ni.... kat umah sedare aku pun ade la tempat nak menetaskan penyu tapi x de la penyunye sebab duduk lam tanah lum menetas hahaha... ha yg ni kan monyet yang die bela besar wo bagi rabutan kejap jew die makan pegh kalau telepas mau kenyang dapat betis aku tu hahaha.. yang ni pulak tempat penetasan telur penyu tu x la besar mane pun puas gak la aku kejut penyu-penyu ni bangun x mau die.... anak buah aku tengah mengejo pakcik die pas tak puas hati kene tebalikkan hahaha ade-ade jew diorang ni.. mase ni dah nak magrib a.k.a senja dah... so sume dah nak balik kan tapi aku sempat la tangkap gambar ni cantik jew..

kuih batang buruk

Bahan-bahan: 600 gram tepung gandum 300 gram tepung beras 1 biji santan kelapa 600 gram kacang hijau 400 gram gula (kisar) 3 biji telur Minyak untuk menggoreng Cara penyediaan: Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan. Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus. Campur dengan gula dan ketepikan. Gaul tepung denga santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli. Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulung dan biarkan tengah-tengahnya berlubang. Potong kecil dan goreng. Setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau tadi.

snow almond

Bahan A 260gm mentega 150gm gula kaster 1 tsp esen vanila 50gm serbuk badam Bahan B 300gm tepung red rose 50gm tepung kastard 50gm susu tepung 40gm tepung jagung Hiasan : Coklat masakan dan breadcrumb putih Cara-cara 1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh. 2. Canai dan terap dengan acuan di sukai. 3. Bakar pada suhu 140C selama 30 minit. 4. Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang di cairkan secara double boiler dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb/